Mesti ramai yang nak cuci sofa di kedai tapi bila dengar harga, terus rasa macam nak pengsan - beratus-ratus weh! Jangan risau, semua masalah pasti ada penyelesaiannya.
Nak tahu tak macam mana kita boleh jimat dan cuci sofa fabrik sendiri, tapi hasilnya macam pro? Kita kongsikan rahsianya!
Sebelum kita mula, ada video ni untuk korang yang nak jawapan pantas. Cuba lihat macam mana kita guna beberapa kaedah untuk bersihkan sofa Samantha 3-Seater Sofa Fabrik:
Bagi yang prefer baca panduan step-by-step yang terang-terangan, terus baca di bawah!
1. Tips Power Cuci Sofa Guna Air Panas
Jom kita mula dengan cara orang lama - guna air panas. Cara ni memang dah terbukti keberkesanannya terutama sekali kalau nak tanggalkan tompok degil yang melekat pada sofa.
-
Isi baldi atau bekas dengan air panas.
-
Tambah sedikit sabun pencuci atau deterjen ke dalam air.
-
Rendam kain microfiber ke dalam air panas dan perah sehingga lembah. Tidaklah terlalu basah.
-
Kemudian, gosok kain dengan perlahan di kawasan yang kotor atau bertompok.
-
Selepas itu, bilas kawasan yang kotor tadi dengan kain yang bersih yang telah di rendam di dalam air suam.
-
Akhir sekali, biarkan sofa kering sebelum duduk.
Air panas boleh membantu melarutkan kotoran dan minyak. Lepas cuci, sofa akan nampak bersih macam baru beli! Senang kan?
2. Cara Gunakan Cuka Distil + Sabun Pinggan
Cara ni guna bahan-bahan yang senang je nak cari: cuka distil, sabun pinggan, dan air! Cuka bagus sebab dia natural dan boleh bantu tanggalkan tompok. Sabun pinggan pulak lembut dekat fabrik dan air suam memang dah terkenal bagus untuk cuci-cuci ni.
Jom tengok cara buatnya:
-
Dalam satu botol spray, campur 1/4 cawan cuka distil, 3/4 cawan air suam, dan 1 sudu besar sabun pinggan.
-
Spray campuran tadi dekat bahagian sofa yang nak dibersihkan.
-
Ambil kain lembut, gosok area yang spray tadi dengan berhati-hati sampai nampak kesan kotoran tu mula hilang.
-
Ambil lagi satu kain bersih, basahkan dengan air kosong, dan lap untuk buang kesan sabun yang ada.
-
Lap dengan tuala sampai kering.
Walaupun cara ni nampak simple, tapi hasilnya memang terbaik!
3. Cara Jimat Cuci Sofa Guna Baking Soda + Sabun Pinggan
Ni satu lagi cara yang best - guna baking soda dan sabun pinggan! Baking soda bukan setakat jadi pelembut kek, tapi boleh juga buat sofa fabrik kita wangi dan bersih.
-
Sediakan sofa dulu – gosok sikit guna tuala putih yang bersih atau berus yang kukuh. Ni untuk agak-agak lepaskan benda yang dah keras melekat kat sofa.
-
Lepas tu, tabur baking soda merata atas sofa. Jangan kedekut, tabur rata-rata! Biarkan dalam 15-20 minit, supaya baking soda tu sempat serap semua kotoran. Kalau nak lagi hebat, boleh biarkan sampai sejam.
-
Bila dah, guna penyedut debu dengan berus untuk vacuum semua baking soda tadi.
-
Now, kita buat pencuci super pulak! Campur 1 sudu sabun pinggan, 1 sudu baking soda dan 1 cawan air suam dalam botol spray kecil. Tutup botol tu dengan pantas (baking soda dengan cuka buat buih banyak gila bila campur).
-
Ambil kain putih, spray sikit pencuci tadi, pastu gosok lembut kat bahagian yang kotor. Kalau rasa rajin, boleh je sapu satu sofa.
-
Last sekali, biarkan sofa kering.
4. Gunakan Pencuci Sofa Mr DIY!
Ada lagi satu cara yang tak meletihkan dan lagi cepat - guna pencuci sofa Mr DIY. Harga pun murah je, dalam RM7. Memang berbaloi!
-
Baca dulu arahan penggunaan kat bungkusan.
-
Ambil sikit pencuci sofa, sapu kat kain atau sponge yang dah dibasahi.
-
Gosok lembut kawasan sofa yang nak dibersihkan, fokus kat tempat yang kotor atau ada bau.
-
Bilas kain atau sponge, ulang langkah 2 dan 3 kalau perlu.
-
Biar sofa betul-betul kering sebelum duduk.
Kesimpulan
Jadi, itulah rahsia mudah dan jimat untuk cuci sofa fabrik sendiri. Tak payah dah pening fikir pasal kos hantar kedai, dah boleh buat sendiri! Rajin-rajinlah jaga sofa kita, pastikan ia bersih, tahan lama dan selesa untuk seisi keluarga.
Dan kalau korang memang tengah mencari sofa baru, jangan lupa tengok koleksi sofa moden Malaysia kami yang berpatutan dan senang nak jaga. Siapa tahu, mungkin sofa idaman anda ada di sana.
Harap tips ni bermanfaat untuk korang semua. Selamat mencuba!