Ruang tamu memanjang tak semestinya susah untuk dihias. Biarlah ia sempit, memanjang atau kecil, yang penting kita tahu cara nak buat ia jadi cantik dan selesa untuk seisi keluarga. Jadi, baca terus artikel ini dan lihatlah 30 gambar inspirasi yang kami kongsikan!
Cara Menghias Ruang Tamu Kecil Memanjang
1. Atur Perabot Untuk Ruang tamu Memanjang dan Sempit Dengan Pandai
Susun atur perabot dalam ruang tamu memanjang dan sempit perlukan sedikit kreativiti. Tak semestinya kena guna banyak perabot – kadang-kadang “less is more”. Kalau ruang kecil, gunakan sofa untuk ruang tamu sempit, dan pastikan ada ruang untuk bergerak.
Photo by Colin + Meg on Unsplash
Photo by Nick Name on Unsplash
Photo by Michael Oxendine on Unsplash
Photo by adison clark on Unsplash
Photo by CreativaStudio on istock
Kombinasi yang sempurna antara sofa, coffee table, dan rak buku boleh buat ruang tamu nampak luas dan kemas. Contohnya, letak sofa L-shape kat satu hujung, dengan coffee table di tengah-tengah, dan TV cabinet di hujung yang berlawanan.
2. Pilih Warna Cat Sesuai Untuk Ruang Tamu Memanjang
Photo by Collov Home Design on Unsplash
Photo by wuttichaijangrab onistock
Warna cat pun main peranan penting dalam mempengaruhi persepsi ruang. Warna-warna terang seperti putih atau beige boleh membantu ruang tamu kita nampak lebih luas. Boleh juga guna warna lembut seperti biru muda atau hijau pudar.
3. Menghias Dinding Ruang Tamu Memanjang
Photo by CreativaStudio on istock
Photo by Aleksandra Zlatkovic on istock
Photo by hikesterson on istock
Photo by Álvaro Bernal on unsplash
Photo by JohnnyGreig on istock
Memanfaatkan dinding adalah cara baik untuk menghias ruang tamu memanjang. Rak dinding atau rak buku boleh menjadi tempat yang baik untuk menampilkan barang-barang hiasan atau buku-buku koleksi anda.
4. Merancang Ruang Tamu Bersambung Ruang Makan
Photo by Vanit Janthra on istock
Photo by FollowTheFlow on istock
Photo by ExperienceInteriors on istock
Photo by Esin Tellioglu on istock
Sekarang ini, memang trend rumah teres dan apartment ada ruang tamu yang bersambung dengan ruang makan. Ini memberi suasana terbuka dan luas, tapi kena ada perencanaan baik.
Kita boleh guna perabot untuk bahagikan ruang tersebut. Contohnya, letakkan buffet cabinet atau rak buku di antara kedua-dua ruang. Lampu yang sesuai dan strategik juga boleh menambah keindahan dan keselesaan ruang tamu dan ruang makan anda.
Kesimpulan
Semoga idea yang kami kongsikan ini dapat membantu anda dalam proses deko ruang tamu memanjang. Jika anda memerlukan bantuan lebih lanjut, cuba lihat perkhidmatan home makeover kami.
Jangan lupa juga untuk lihat koleksi perabot ruang tamu kami yang berpatutan dan berkualiti. Siapa tahu, mungkin perabot idaman anda ada di sana. Selamat mencuba!