Di Mana & Macam Mana Nak Jual Perabot Lama di Malaysia

Di Mana & Macam Mana Nak Jual Perabot Lama di Malaysia

Bila rumah dah penuh dengan perabot lama atau terpakai, rasa macam mana ye nak buang atau jual? Tapi buang je sayang, kan? Dalam zaman yang makin mementingkan alam sekitar, kita boleh buat pilihan bijak: jual semula barang-barang lama kita supaya tak membebankan alam. 

Jom kenali Barnything, platform cekap dan rakan setia CUURA Space untuk usaha kita jual beli perabot terpakai dengan bijak.

Nak Jual Sofa Terpakai atau Perabot Lain? Barnything Adalah Jawapannya

Barnything bukanlah sekadar platform biasa. Di sini, kita boleh membeli, bertukar, berdagang, atau menjual barang terpakai dengan mudah secara online. Yang terbaik, mereka siap datang ambil perabot lama kita tanpa caj*. Memang professional cara mereka uruskan jual beli perabot terpakai kita. 

Cara untuk jual perabot lama di Barnything simple: 

     1. Hantar Borang 

Hantar Borang

Tak susah pun, hanya isi borang di Barnything. Bagi gambar yang jelas, contohnya gambar sofa terpakai yang nak dijual. Ingat, patuhi je peraturan di laman web Barnything.

     2. Semak & Sah melalui WhatsApp 

Semak & Sah melalui WhatsApp 

Photo by ipuwadol on istock

Lepas hantar, pasukan Barnything akan hubungi kita. Mereka akan bincang detail, harga dan lain-lain.

     3. Perabot Lama Sedia untuk Diambil 

 Perabot Lama Sedia untuk Diambil 

Photo by AndreyPopov on istock

Pastikan perabot kita dah bersih. Barnything akan datang ambil dekat rumah kita secara percuma. Senang je!

Yang best pasal Barnything ialah komitmen mereka pada masa depan yang lebih hijau. Perabot kita dapat peluang kedua, tak kira dijual, ditukar, atau diberi.

CUURA Space & Barnything: Menuju Kehidupan Hijau

Photo by Barnything

Di CUURA Space, kami nak cipta ruang yang cantik sambil jaga alam sekitar. Kerjasama kami dengan Barnything tunjuk komitmen kami pada alam sekitar. 

Bila jual perabot di Barnything, kami kasi diskaun RM200 untuk pembelian seterusnya di CUURA Space. Kami nak galakkan gaya hidup yang mampan sambil beri pengalaman terbaik untuk kamu.

Contohnya, jual sofa lama, dapat RM200 untuk beli sofa baru. Untung kan?

Ramai Tak Yang Nak Beli Perabot Terpakai di Malaysia?

Ramai Tak Yang Nak Beli Perabot Terpakai di Malaysia

Photo by Prostock-Studio on istock

Sekarang ni, pasaran perabot terpakai memang tengah naik, terutama di Malaysia. Ramai yang sedar pasal kepentingan alam sekitar. Selain jimat, perabot lama macam sofa terpakai boleh jadi hiasan unik untuk rumah. Jadi, ada banyak pembeli yang suka dengan perabot lama.

Kelebihan & Kekurangan Jual Beli Perabot Terpakai

Kelebihan:

  • Jimat & Mesra Alam: Dua-dua kita boleh capai.

  • Unik: Jumpa perabot yang lain dari yang lain.

  • Boleh Kreatif: Ubahsuai sesuai selera.

  • Potensi Nilai: Ada barang lama yang harganya boleh naik.

Kekurangan:

  • Ada Kerosakan: Ada calar atau pudar.

  • Tak Ada Jaminan: Biasanya tak ada waranti.

  • Mungkin Tak Tahan Lama: Sebab dah lama digunakan.

  • Mungkin Ada Kos Penghantaran.

Tapi, perabot terpakai punya cerita dan sejarah sendiri. Ia lebih daripada sekadar barang; ia simbol komitmen kita pada alam.

Kesimpulan 

Dalam dunia yang makin hargai alam, CUURA Space dan Barnything bantu kamu buat pilihan bijak dalam hal perabot. Jual perabot lama bukan sahaja pasal duit, tapi pasal masa depan yang lebih hijau. Sama-sama kita jaga alam, dan dapatkan diskaun menarik dengan CUURA Space bila jual di Barnything!

Related Posts