Panduan Pilihan Saiz Katil di Malaysia (2023)

Panduan Pilihan Saiz Katil di Malaysia (2023)

Katil Malaysia: Saiz Standard Yang Kena Tahu

Saiz Katil Ukuran Katil (cm) Ukuran Katil (kaki)
Katil Single 90 x 190 cm 3 x 6.2 kaki
Katil Super Single 100 x 190 cm 3.3 x 6.2 kaki
Katil Queen 150 x 190 cm 4.9 x 6.2 kaki
Katil King 180 x 190 cm 6 x 6.2 kaki

Beza Katil Single dan Super Single

beza katil single dan super single

Tilam Single, dengan saiz 90cm x 190cm atau dalam 3 kaki x 6.2 kaki, memang pilihan popular untuk bilik anak-anak atau bilik tetamu. Saiz ni cukup selesa untuk satu orang tidur.

Tapi kalau rasa macam nak sikit ruang tidur yang lebih luas, tilam Super Single jadi pilihan yang baik. Dengan saiz 100cm x 190cm atau dalam 3.3 kaki x 6.2 kaki, katil super single memang lebih luas sikit berbanding katil single, tapi tetap sesuai untuk satu orang tidur. Kalau nak bagi tidur anak remaja atau letak dalam bilik tetamu, katil super single ni memang sesuai.

Beza Katil Queen dan King

beza katil queen dan king

Tilam Queen, dengan ukuran 150cm x 190cm atau dalam 4.9 kaki x 6.2 kaki, memang pilihan popular untuk pasangan atau individu yang suka tidur dengan lebih luas. Katil queen ni lebih luas daripada katil single dan super single, so kalau tidur berdua pun tak rasa sempit.

Tapi kalau nak lebih luas lagi, ada tilam King. Dengan ukuran 180cm x 190cm atau dalam 5.9 kaki x 6.2 kaki, katil king ni memang luas giler. Sesuai sangat untuk pasangan atau individu yang suka tidur dengan ruang yang ekstra luas. Tapi pastikan bilik tidur anda cukup besar untuk letak katil king, sebab saiz dia memang besar dan luas. Jadi, jangan lupa ukur bilik tidur anda sebelum beli.

Kenal Jenis Tilam Popular di Malaysia

perempuan tidur atas tilam memory foam dan latex SOMMNI

SOMMNI Queen Mattress - Up to 150 Nights Sleep Trial 

  • Tilam Spring: Sokongan yang responsif, berasa kenyal.

  • Tilam Latex: Terbuat dari latex semula jadi atau sintetik, tahan lasak dan boleh bernafas.

  • Tilam Memory Foam: Mengikut bentuk badan, membantu melegakan tekanan dan memberikan sokongan yang unik.

  • Tilam Foam: Menggunakan lapisan foam (busa), memberikan bantalan yang lembut dan sokongan.

  • Tilam Angin: Keras atau lembut, semua boleh settle mengikut keutamaan sendiri.

Macam Mana Nak Pilih Saiz Katil yang Sesuai?

Tengok dulu ukuran bilik tidur anda. Kalau bilik kecil, katil single (90 x 190 cm) boleh diambil kira. Bilik besar, boleh consider katil queen (150 x 190 cm) atau king (180 x 190 cm) untuk lebih selesa.

Faktor lain seperti gaya tidur anda dan rangka katil anda juga kena diambil kira. Pastikan rangka katil anda sesuai dengan tilam anda.

Kekerasan Tilam Bagaimana yang Sesuai?

Ini semua soal personal preference. Ada yang suka tilam keras, ada yang suka tilam lembut. Jika anda tidur di atas perut atau belakang, tilam keras (6-7 pada skala 1-10) mungkin sesuai. Tapi, kalau anda tidur menyebelah atau ada masalah sakit belakang, tilam lebih lembut (4-5 pada skala kekerasan) boleh jadi pilihan.

Cara Test Tilam

tilam memory foam dan latex SOMMNI dalam bilik tidur

SOMMNI King Mattress - Up to 150 Nights Sleep Trial

Nak tilam baru? Pastikan test dulu sebelum beli! Awal-awal, bolehlah mulakan pencarian anda di laman web. Survey jenama-jenama tilam yang popular dan baca deskripsi produk serta customer review untuk mendapatkan gambaran awal.

Sekarang, anda tak perlu lagi pening kepala nak cari showroom untuk test tilam. Ada cara lagi mudah, iaitu dengan CUURA Space! Kami sediakan program cuba dulu selama 150 malam untuk anda. Dengan ini, anda boleh alami sendiri sejauh mana keselesaan tilam kami, dan itu semua di rumah anda sendiri. Kami juga hantar tilam idaman anda ke rumah tanpa cas tambahan!

Kesimpulan

Harapnya panduan lengkap ini telah membantu anda memahami dengan lebih jelas tentang pilihan saiz katil yang ada di Malaysia, dari katil single hingga king size. Faktor-faktor seperti saiz bilik tidur, keselesaan peribadi, dan ketersediaan rangka katil serta tilam harus diambil kira dalam proses memilih saiz katil yang sempurna.

Sekarang, dengan semua info yang kita dah kongsi, kita yakin anda dah ready untuk buat pilihan yang tepat. Nak cipta tempat tidur yang selesa dan serba lengkap? Jom lah melayari website CUURA Space, tengok-tengok rangkaian tilam Malaysia kami. Selamat mencari tilam idaman anda!

Related Posts